Rabu, 24 Mac 2010

Perubahan Demi Perubahan Yang Patut Disyukuri


Akhirnya terpacak dah tiang-tiang bangunan rumah cendawan ..entah bila lah nak naik bumbung lak..maklumlah sekarang nie musim hujan.

Alhamdulillah......Agrosun sedang membina sebuah lagi rumah cendawan yang berukuran 20' X 40'. bersebelahan dengan rumah cendawan 20' X 80'. Insyaallah..hujung tahun ini akan ada 3 buah rumah cendawan, satu 50' X 60', 20' X 80' dan yang sedang dibina 20' X 40'.






Memang senang banyak bila dah ada steamer...yang paling ketara dulu kalau masa nak susun bongkah atau nak keluarkan bongkah dari tong dram ke kadanga dekat sekerat hari. Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar dengan adanya steamer nie..sekali kukus 720 beg.











Itu gambar, suami akak yang nak masukkan beg media (diisi dalam raga) ke dalam steamer.



Bulan Puasa tahun 2008 - kami dapat hadiah hari raya yang paling bermakna...mana tak nye pihak Jabatan Pertanian telah memberikan peruntukan berupa sebuah mesin steamer. Bayangkan masa tu kami tengah menjalani dugaan yang mana terpaksa jaga api kukusan dalam bulan puasa. Memang tak dinafikan ...tuhan saje yang tahu..rasenye masa tu. Sekurang-kurangnye timbul lak rasa keinsafaan pada alam yang fana nanti.















Gambar atas pulak, ialah proses kukusan. Akak kata kalau tak de 2 orang kuat yang terlalu banyak berkorban semangat, tenaga dan titisan peluh...entahlah. Mula dengan 1 tong drum naik jadi 2 tong drum pakai gas, ras x tahan kos...lak, guna kayu api untuk 6 tong drum sekali jalan dan 2 tong drum pakai gas. Kekadanga tercabar juga kesabaran dan tergeleceh jugak semangat bila tiba hujan lebat turun ngan angin kuat sedangkan dah 4 jam kukus mula. Ya!! Allah kuatkan lah iman dan semangat kami. Itu gambar Kak Ana , dulu dia black current sekarang dah cerah rahsia menggunakan kukus steamer. keh..keh..keh








Akhirnya setelah 4 tahun kami menerima bantuan berupa mesin begging 2 in 1 pada Oktober 2009. Alhamdulillah..... bolehlah buat bongkah rancak lagi.








Hasil innovasi sendiri. Tak tahan sebab nak gunakan kudrat 4 kerat nie, maka suami akak pun menghasilkan mesin mixer buatan sendiri yang menggunakan motor mesin pembajak tanah (tiller), tong drum plastik, pto gear yang sedia ada. tahan jugak mesin nie sampai dekat 4 tahun. Sekali mix boleh 30kg jugak. Ada juga individu yang berhajat nak beli..he...he...he












Proses yang paling memenatkan membancuh media......yang nie akak angkat tangan kalau tak ade orang kuat (suami akak) ngan (kak ana) kawan akak. Peringkat permulaan yang penuh cobaan dan dugaan. Okey lah tu sebab masih boleh senyum lagi.












Ini proses begging dahulu, punyelah ramai pekerja bawah umur. Macam2 bunyi ada, mercun bile plastik meletup, berebut nak isi bongkah sebab dibayar RM0.10/bongkah. Kadang2 bila dah bancuh banyak tetiba tengok pekerja sume gie main bola. Aduh..alamat kena ketuk sendiri lah.

Sessi Bicara Usahawan

Gambar di atas ialah sessi bicara berkongsi pengalaman dan kejayaan sebagai Usahawantani Wanita Jaya 2008 dan Tokoh Usahawan 2009 di SP Inn (07 hingga 10 Dis 2009). Anugerah adalah hanya suatu pengiktirafan, tapi kejayaan sebenar adalah ukuran dari diri dan sahsiah sendiri. Hingga kini saya amat bersyukur kerana mendapat kepercayaan, sokongan dan bantuan dari Pihak Jabatan Pertanian Negeri Kedah. Terima kasih yang tidak terhingga buat seluruh tenaga kerja pihak Jabatan Pertanian Negeri dan Daerah. Segala bantuan dan peralatan yang diperuntukkan adalah ibarat amanah yang kita harus jaga sebaik mungkin.




Sedang berkongsi pengalaman sebagai usahawantani dalam projek cendawan pada 10hb Mac 2010 dalam sessi bicara usahawan yang dianjurkan oleh Pihak Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang. Terima Kasih sekali lagi ingin saya suarakan pada pihak jabatan kerana telah memberikan kepercayaan dan penghormatan ini. Teruja..majlis yang sepatutnya memakan masa selama 1 jam telah berlarutan hingga 1 1/2 jam. Banyak soalan-soalan yang diajukan oleh para peserta kursus/

Rumah Pemeraman Cendawan # 02 Terkena Ribut Kilat




Ini pandangan dari dalam rumah pemeramam # 02. Cahaya matahari boleh masuk terus...well..ini x bagus untuk bongkah cendawan. Kenalah cepat-cepat cari tukang nak repair semula.






Ini semua biasalah, dugaan tuhan....hari tu hujan ngan angin kuat, datang esok pagi nak bawa masuk badge baru untu pemeramam..heran kenapa cerah sangat sedangkan jala hitam 90% punye. Rupenye bumbung zink dah terkopek .. adalah 2 - 3 tempat. Mesti semalam bongkah sejuk giler kena curah ngan air hujan.




Isnin, 15 Mac 2010

Projek Agrosun Enterprise 2010




Inilah hasilnye....pokok bendi (klon taiwan) x gatal punye. dah tumbuh..wah gemuk2 nye daun. Insyaallah ni dah berumur 3 minggu. Memang tanaman ni mengikut tuan punye saiz lah..










Alhamdulillah...rasenye hasil baja komposs IMO yang digunakan ada baguzzz.......dah hampir sebulan pokok terung yang dipindahkan dah mengeluarkan hasil....dah banyak kali goreng buat lauk siap jual lagi. Ada suatu yang nak kongsi belum pun sekali kita orang racun..dan tak ada pulak ulat langsung. Agaknye macam betul juga baja organik nie banyak kebaikannya untuk jangka masa panjang. Gambar kat atas hari nie, kerja meletak benih sayuran bendi untuk fasa kedua penggunaan baja IMO keluaran syarikat. Kami nak lihat dulu hasil sebelum penghasilan secara komersial dilakukan..doa..doakan lah agar berjaya.





Insyaallah saya akan update gambar semua anak pokok terung yang dipindahkan ke tanah ladang nanti...nantikan nye..






Antara barisan anak pokok terung dan cili yang disemai di dalam plastik poly untuk melihat perkembangan dalam penggunaan komposs cendawan sebagai tapak asas tanaman menggantikan tanah. Kita juga menggunakan baja IMO yang juga dihasilkan oleh syarikat. Syarikat juga telah menggunakan komposs cendawan untuk menggantikan tanah sebagai bahan asas dalam penghasilan baja IMO5. Alhamdulillah, kite boleh jimat kos baja dengan penghasilan dengan memaksimakan bahan buangan. Ini yang kita namakan memaksimakan bahan buangan secara lestari.





Anak benih pokok terung (klon tiada biji). berumur 2 minggu. Menggunakan komposs cendawan sebagai tapak asas semaian. memberangsangkan. Penggunaan tanah diganti dengan komposs cendawan.

Koleksi Rumah Tuaian Cendawan Agrosun Enterprise


Akhirnya ternyata keputusan untuk buka semua leher dan kepala dengan menggunakan sekim cepat kaya berbaloi. ternayata ianya lebih memberikan hasil dari buka kepala sahaja. So sekarang semua 3-4 ribu bongkah dari sampel benih yang sama menggunakan teknik ini. Ini bukan teknik yang betul. Harap maklum...










Benih yang kami dapatkan dari pembekal nampaknya bermasaalah...tunggu punya tunggu peram selama 2 bulan sekali yang keluar macam2 bentuk trumpet, sudu ngan senduk. Agak2 nak buang ke ...3-4 ribu bongkah...eh..eh..eh..macam nie tak boleh jadi. Jadi, kami terpaksa perah otak sikit nak buat cammana. Akhirnya kata sepakat kami pun buka kepala dan leher sekali..untuk press productivity sampai takat mana yang boleh dari bongkah yang ada masalah benih. Bila kita check ngan 2-3 pelanggan yang beli bongkah sampel benih yang sama, mereka pun kata dapat cendawan trumpet. Apa lagi kena lah ganti balik kat pelanggan....servise mesti telus dan tulus.



Insyallah ...saya akan update lagi gambar-gambar lain yang mungkin akan menyemarakkan lagi semangat kite semua untuk meneruskan projek penanaman cendawan.





Ini adalah antara ketika yang paling menyeronokkan buat semua pengusaha cendawan ...hasil keluar...$RM$...$RM$...$RM$. Rumah cendawan # 03 - Kpg.Paya Semambu, konsep penggunaan dan ubahsuai rumah tingkat bawah yang disewa oleh Agrosun Enterprise.




Rumah # 01 - Kpg.Paya Semambu. konsep penggunaan dan pengubahsuaian ruang dalaman bangunan yang dulu bekas kilang IKS. Kini, menjadi rumah tuaian cendawan Agrosun Ent.






Sabtu, 6 Mac 2010

Seminar Industri Asas Tani Negeri Kedah 2009 - SP Inn 17 - 19hb Dis 2009


Gambar kat atas memperlihatkan kesungguhan sahabat saya Cik Rohana Ismail yang terlibat dalam aktiviti demo dan jualan produk hasilan cendawan syarikat selama 3 hari. Bersama dengan Cik Rohana ialah pegawai pembimbing I.A.T Jabatan Pertanian Daerah Bandar Baharu, Kedah yang selama ini telah banyak memberikan sokongan dan bimbingan.


tengok yang kat sebelah kiri pulak ialah suami akak..tengok die dah jeling barang ape agaknye nak celup dulu kat dalam periuk tu rose...die tanya..




Di majlis jamuan makan malam bersama Ketua Pengarah. Steam bot...jangan marah...byk ada cendawan mana dia orang ambik entah lah..agaknye siam punye kut. Sebelah kanan tu ....kak maria.orang yang banyak membantu untuk pemprosesan produk hiliran..ingat kalau x de die mau hancur jari kena hiris untuk buat pegedil cendawan. he...he...






Alhamdulillah....Tahun 2009 telah memberikan pengiktirafan kepada saya sebagai tokoh usahawan peringkat daerah Bandar Baharu dalam Industri Asas Tani. Pengiktirafan ini bukanlah sijil untuk bangga diri...tapi ianya pembakar semangat dan keazaman. Semua yang berdiri adalah pemenang anugerah peringkat daerah...Insyaallah saya akan terus berusaha untuk lebih maju di masa hadapan. Kak Rose berdiri 2 dari kiri. Apapun.. ada sesuatu yang lebih berharga bila Ketua Pengarah sangat berminat untuk memajukan dan berjanji untuk memberikan perhatian produk hiliran berasaskan cendawan.












KOPERASI USAHAWAN CENDAWAN PULAU PINANG BERHAD




Kelihatan para ahli lembaga koperasi yang serius membincangkan banyak isu terutama pada peringkat awal penubuhan. Apa yang mahal....dalam serius tu kat atas meja ada piring berisi hirisan buah tembikai tengok2 dah kosong. Mesyarat #02 - 07hb Mac 2010 2.30pm.








Alhamdulillah....sekali lagi para pengusaha cendawan telah memberikan kepercayaan dan keyakinan untuk saya meneraju koperasi usahawan cendawan Pulau Pinang Berhad sebagai pengerusi. Insyallah...saya akan lakukan yang terbaik untuk kita semua. Yang penting saya ingin menrealisasikan bahawa bidang penanaman cendawan ini mampu menjana pendapatan yang lumayan serta dapat mempertingkatkan pendapatan semua ahli koperasi khususnya. Meskipun, projek saya di bawah bimbingan dan kelolaan pihak jabatan pertanian negeri kedah, namun ini merupakan satu lagi cabaran untuk diri saya melakukan sesuatu untuk pengusaha cendawan di bawah bimbingan jabatan pertanian Pulau Pinang khususnya.

Coming together is only beginning
Keeping together is progress
Working together is success


Untk semua pengusaha cendawan di Negeri Pulau Pinang sudikan lah diri anda untuk menjadi ahli koperasi. Insyaallah, byk manafaat yang bakal diperolehi jika kita semua mampu bekerjasama sebagai suatu kumpulan dalam ertikata KOPERASI.
Sila layari http://koperasicendawan.blogspot.com/